Khamis, 31 Disember 2009

kerjaya??


 


Bintang kelahiran Shaika Ieka adalah Libra :

Di khalayak ramai, orang berlambang Libra ini adalah pembela. Kawan atau kenalannya adalah merupakan "ahli keluarga" nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.

Dalam hal mengembangkan bakat, Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain, Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.

Namun, Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra, hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata-mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.

Mungkin dengan sebab yang demikian, Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping, Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain, bagi orang yang berzodiak Libra, "wang senang datang dan senang pula pergi".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan